Sunday, November 18, 2012

PERANAN BAHASA MELAYU





PERANAN BAHASA MELAYU
1)  Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa  Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan BahasaMelayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan.Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum.Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yangdemikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membinasebuah negara.
2)  Lambang jati diri
Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasadengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malaysia dipersada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsaMalaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikutacuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan2020.
3)  Bahasa perpaduan
Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasaperpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara berdaulat. Di Malaysia ini, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk.Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, PenyataRazak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk  yang berbilang kaum.
4)  Bahasa pengantar ilmu pengetahuan
Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak RahmanTalib yang seterusnya menghasilkan Laporan RahmanTalib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.
5)  Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia
Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yangcemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia.Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengan cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang dipinjam´ semata-mata untuk menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendir.Oleh hal demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabilamenggunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa.
6)  Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan
Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan pengunaannya dalampelbagai perisiannya dan kesantunnanya. Tingkat ilmu dan tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayumemiliki peribadi yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu, bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yangmempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan.
7)  Wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berperanan sebagai wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang dapat membina negara bangsanya seharusnya dapat jugamelahirkan pengguna bahasa yang berkualiti, berkuasa dan berketerampilan. Maka, lebih banyak kumpulan penutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah, dan ali masyarakat. Kehadiran kumpulan inidapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang,meliputi pelbagai bidang. Contonya, jika ahli politik dan ahli profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggidan bermutu melalui bahasa Melayu, bahasa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya.
8)  Menggambarkan bangsa yang berkuasa
Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa´menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju. Namun begitu, untuk mengetengahkan baahsa Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam era globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa.Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain, lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usaha penerbitan bahan bacaan.

Labels:

1 Comments:

At November 18, 2012 at 2:40 PM , Blogger Rosmayanty Rosly ( D20112052969 ) said...

Salam cikgu, tahniah blog yang penuh dengan info. Blog cantik menarik..teruskan lagi

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home