Friday, November 2, 2012

Gerai Sayur-sayuran Pak Amin




Datuk Anas, Pak Amin, menjual sayur di gerai di hadapan rumahnya.

Anas selalu membantu Pak Amin di gerai.

Pak Amin menjual pelbagai jenis sayur.

Ada sayur jenis buah seperti tomato, timun, petola dan cili.

Selain itu, ada juga sayur jenis daun seperti sawi, bayam, kangkung dan pucuk ubi.

Sayur yang dijual oleh Pak Amin segar dan murah.

Seikat sawi dijual dengan harga RM2.50 sahaja.

Harga sekilo timun pla hanya RM2.00.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home