MUTIARA KATA
MUTIARA KATA
1.Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk
membaca kerana membaca itu sumber hikmah
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk
berfikir kerana berfikir
itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk
beramal kerana beramal itu pangkal
kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.
2.Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang
pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat
mengubati hati yang telah terluka.
Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh
membuang segala parut luka emosi.
3.Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
4.Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi,
tidak pernah merasa terancam dengan
perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan.
Sebaliknya mereka akan menumpukan
perhatian ke arah
mencapai matlamatnya
.
5.Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,
merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya
membalas dan bersikap adil ketika kuat
- Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Labels: MUTIARA KATA
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home